Tuesday 21 August 2012

SINAR HARIAN 22/8/12

1,000 anggota keluarga Tuan Guru Muhammad Arif berhimpun

21 Ogos 2012
1,000 anggota keluarga Tuan Guru Muhammad Arif berhimpun
Kira-kira 1,000 ahli keluarga Muhammad Arif Ishak berkumpul pada Majlis Perhimpunan Keluarga Tuan Guru Muhammad Airf hari ini. - Foto Bernama
PENDANG - Kira-kira 1,000 anggota keluarga Muhammad Arif Ishak, seorang ulama yang penting dalam pembangunan Islam di Kedah, berkumpul hari ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara keturunan ulama itu.
  
Muhammad Arif (1871-1941) yang berasal dari Sungai Nonang, Alor Setar merupakan seorang tokoh ulama terpenting di negeri ini dan juga merupakan guru agama kepada Sultan Kedah ke-25, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
  
Pengerusi penaja majlis tersebut, Mohamad Azoddin, 60, berkata perhimpunan itu yang melibatkan generasi kedua hingga kelima telah dirancang sejak 20 tahun lepas bagi mengumpulkan semua ahli keluarganya yang datang dari pelbagai negeri.
  
Katanya program ini merupakan kali pertama dianjurkan dan ia akan berterusan setiap tahun bagi memberi peluang kepada ahli keluarga lain yang tidak dapat hadir pada hari ini.
  
"Kita masih berusaha untuk menjejaki ahli keluarga lain dan mengumpul mereka pada satu majlis bagi mengenang jasa yang telah dilakukan mengembangkan Islam oleh datuk moyang mereka," katanya kepada pemberita pada perhimpunan itu.

Beliau menjemput semua ahli keluarganya menerusi laman sosial Facebook, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menghadiri perhimpunan tersebut. 
  
Mohamad berkata pada hari raya Aidiladha yang tiba tidak lama lagi, ahli jawatankuasa himpunan keluarga tersebut juga merancang untuk mengadakan perhimpunan seumpama ini di salah sebuah pondok pengajian yang diwujudkan datuknya itu.
  
Ahli perniagaan itu berkata berkata pihaknya akan melakukan ibadah korban di pondok tersebut bagi membolehkan semua ahli keluarga dapat menyertainya di samping dapat melakukan gotong royong.
  
Muhammad Arif mempunyai sembilan anak hasil perkahwinan dengan isterinya Zawiyah Muhd Alin dan kesemua anaknya telah meninggal dunia.
  
Muhammad Arif membina beberapa pondok pengajian agama Islam antaranya di tempat kelahirannya di Sungai Nonang (1901), Ayer Putih, Pendang (1915), Titi Serong, Yan (1930)dan Pekan Atap, Gurun (1934).
  
Mohamad, yang juga cucu kepada anak ketujuh Muhammad Arif, berkata selain arif dalam ilmu Islam, datuknya juga mempunyai kepakaran dalam ilmu kaji cuaca dan selalu membuat kajian cuaca agar nelayan di Sungai Nonang ke laut untuk mencari ikan bebas dari ancaman ribut taufan.
  
Beliau berkata selain itu datuknya juga pernah berdebat dengan seorang ahli falak British di Tanah Melayu mengenai tarikh kejadian gerhana bulan dan beliau dapat meneka dengan tepat.
  
Ini menyebabkan beliau amat dipercayai oleh Sultan Abdul Hamid dan dipertanggungjawabkan menentukan tarikh awal Ramadan dan awal Syawal.
  
Muhammad Arif meninggal dunia pada tahun 1941 kerana sakit tua. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/1-000-anggota-keluarga-tuan-guru-muhammad-arif-berhimpun-1.78016

Thursday 9 August 2012

MESYUARAT KE-4 AJK PENAJA




 
TARIKH: 3/8/2012
TEMPAT: RUMAH HJ HADI & HJH FATIMAH ZAHARAH DI AYER PUTIH
AGENDA: 
1. Penetapan aturcara majlis
2. Lantikan AJK PENAJA
3. Pembahagian tugas

MESYUARAT KE-5
Tempat: RUMAH MOHD YUSOFF B ABDULLAH (ALOR SETAR)
Tarikh: 10 Ogos 2012
Masa: 4.00 ptg - 8.30 mlm
(jamuan buka puasa disediakan semua dijemput hadir)

Thursday 2 August 2012

MESYUARAT KE-3 AJK PENAJA



TARIKH: 18/7/2012
TEMPAT: PEJABAT ABDUL RANI GHAZALI (CUCU TOK TAM MANSOR)

AGENDA: 
1. Penetapan aturcara majlis
2. Lantikan AJK PENAJA
3. Pembahagian tugas

MESYUARAT KE-4
Tempat: rumah Haji Hadi dan Fatimah Zaharah di Ayer Putih
Tarikh: 3 Ogos 2012
Masa: 4.00 ptg - 8.30 mlm
(jamuan buka puasa disediakan semua dijemput hadir)