Tuesday 25 September 2012

MESYUARAT AGUNG KOPERASI

TEMPAT: DEWAN PANTAI MURNI, YAN KEDAH
TARIKH: 13 OKTOBER 2012
MASA: 2.00 HINGGA 6.00 PETANG

AGENDA: MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG PERMULAAN (MAP)

Wednesday 19 September 2012

PERHIMPUNAN KELUARGA TUAN GURU HAJI MOHAMAD ARIFF

Pada 3 Syawal 1433H bersamaan 21 Ogos 2012 keluarga Tuan Guru Haji Mohamad Ariff telah mengadakan perhimpunan di Pendang Lake Resort, Pendang Kedah. Alhamdulillah kita berjaya mengumpul lebih daripada 1000 ahli keluarga iaitu lebih daripada 140 keluarga yang mana kehadiran yang tidak egitu diduga kerana para AJK Penaja hanya menjangkakan kehadiran cuma 700 hingga 800 orang. Kita amat berbangga dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perhimpunan tersebut. Daripada pihak AJK Penaja mengucapkan ribuan kemaafan jika ada kelemahan atau kekurangan semasa majlis perjimpunan berlangsung. Kami berharap akan mengadakan aktiviti pada masa hadapan dengan lebih kerap agar dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama adek beradek.

Sekian, Terima kasih.








Tuesday 21 August 2012

SINAR HARIAN 22/8/12

1,000 anggota keluarga Tuan Guru Muhammad Arif berhimpun

21 Ogos 2012
1,000 anggota keluarga Tuan Guru Muhammad Arif berhimpun
Kira-kira 1,000 ahli keluarga Muhammad Arif Ishak berkumpul pada Majlis Perhimpunan Keluarga Tuan Guru Muhammad Airf hari ini. - Foto Bernama
PENDANG - Kira-kira 1,000 anggota keluarga Muhammad Arif Ishak, seorang ulama yang penting dalam pembangunan Islam di Kedah, berkumpul hari ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara keturunan ulama itu.
  
Muhammad Arif (1871-1941) yang berasal dari Sungai Nonang, Alor Setar merupakan seorang tokoh ulama terpenting di negeri ini dan juga merupakan guru agama kepada Sultan Kedah ke-25, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
  
Pengerusi penaja majlis tersebut, Mohamad Azoddin, 60, berkata perhimpunan itu yang melibatkan generasi kedua hingga kelima telah dirancang sejak 20 tahun lepas bagi mengumpulkan semua ahli keluarganya yang datang dari pelbagai negeri.
  
Katanya program ini merupakan kali pertama dianjurkan dan ia akan berterusan setiap tahun bagi memberi peluang kepada ahli keluarga lain yang tidak dapat hadir pada hari ini.
  
"Kita masih berusaha untuk menjejaki ahli keluarga lain dan mengumpul mereka pada satu majlis bagi mengenang jasa yang telah dilakukan mengembangkan Islam oleh datuk moyang mereka," katanya kepada pemberita pada perhimpunan itu.

Beliau menjemput semua ahli keluarganya menerusi laman sosial Facebook, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menghadiri perhimpunan tersebut. 
  
Mohamad berkata pada hari raya Aidiladha yang tiba tidak lama lagi, ahli jawatankuasa himpunan keluarga tersebut juga merancang untuk mengadakan perhimpunan seumpama ini di salah sebuah pondok pengajian yang diwujudkan datuknya itu.
  
Ahli perniagaan itu berkata berkata pihaknya akan melakukan ibadah korban di pondok tersebut bagi membolehkan semua ahli keluarga dapat menyertainya di samping dapat melakukan gotong royong.
  
Muhammad Arif mempunyai sembilan anak hasil perkahwinan dengan isterinya Zawiyah Muhd Alin dan kesemua anaknya telah meninggal dunia.
  
Muhammad Arif membina beberapa pondok pengajian agama Islam antaranya di tempat kelahirannya di Sungai Nonang (1901), Ayer Putih, Pendang (1915), Titi Serong, Yan (1930)dan Pekan Atap, Gurun (1934).
  
Mohamad, yang juga cucu kepada anak ketujuh Muhammad Arif, berkata selain arif dalam ilmu Islam, datuknya juga mempunyai kepakaran dalam ilmu kaji cuaca dan selalu membuat kajian cuaca agar nelayan di Sungai Nonang ke laut untuk mencari ikan bebas dari ancaman ribut taufan.
  
Beliau berkata selain itu datuknya juga pernah berdebat dengan seorang ahli falak British di Tanah Melayu mengenai tarikh kejadian gerhana bulan dan beliau dapat meneka dengan tepat.
  
Ini menyebabkan beliau amat dipercayai oleh Sultan Abdul Hamid dan dipertanggungjawabkan menentukan tarikh awal Ramadan dan awal Syawal.
  
Muhammad Arif meninggal dunia pada tahun 1941 kerana sakit tua. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/1-000-anggota-keluarga-tuan-guru-muhammad-arif-berhimpun-1.78016

Thursday 9 August 2012

MESYUARAT KE-4 AJK PENAJA




 
TARIKH: 3/8/2012
TEMPAT: RUMAH HJ HADI & HJH FATIMAH ZAHARAH DI AYER PUTIH
AGENDA: 
1. Penetapan aturcara majlis
2. Lantikan AJK PENAJA
3. Pembahagian tugas

MESYUARAT KE-5
Tempat: RUMAH MOHD YUSOFF B ABDULLAH (ALOR SETAR)
Tarikh: 10 Ogos 2012
Masa: 4.00 ptg - 8.30 mlm
(jamuan buka puasa disediakan semua dijemput hadir)

Thursday 2 August 2012

MESYUARAT KE-3 AJK PENAJA



TARIKH: 18/7/2012
TEMPAT: PEJABAT ABDUL RANI GHAZALI (CUCU TOK TAM MANSOR)

AGENDA: 
1. Penetapan aturcara majlis
2. Lantikan AJK PENAJA
3. Pembahagian tugas

MESYUARAT KE-4
Tempat: rumah Haji Hadi dan Fatimah Zaharah di Ayer Putih
Tarikh: 3 Ogos 2012
Masa: 4.00 ptg - 8.30 mlm
(jamuan buka puasa disediakan semua dijemput hadir)

Friday 20 July 2012

PROGRAM MAJLIS HIMPUNAN AHLI KELUARGA TN GURU HJ MOHD ARIFF 2012

CADANGAN TEMPAT: Pendang Lake Resort, Pekan Pendang, Kedah.
TARIKH: HARI RAYA KE 3 ( 3 Syawal)
MASA: 8.00PG - 6.00 PTG
JUMLAH ANGGARAN PESERTA: 700 ORG @ 100 Keluarga
YURAN:RM50 stiap org yg dh brkluarga (Sumbangn ikhls juga dialu2kn)
CARA: Byr kpd wakil setiap klrga atau terus ke Akaun Bndhri> Maybank 002027809769 (Abd Rani Ghazali) & sms mklmt/ nama ke 0124250088

AKTIVITI:
1) Pendaftaran
2) Ucapan Pengerusi (Pak Long Mohamad Azoddin).
3) Bacaan al Quraan Oleh Adek Muhammad Zahid & adek2nya.
4) Pengkisahan Sejarah/ Riwayat Hidup Tn Hj. mohd Ariff
5) Ucapan Wakil2 ahli Keluarga (7 kluarga)
6) Bacaan Doa
7) Sessi Bergambar/ Fotografi
8) Jamuan makan
9) mesyuarat Lantikan Ahli J/Kuasa utk acara Ttp Tahunn

CNDGN JENIS JAMUAN: Nasi Putih/ Nasi daging, Daging Rebus, Air Asam,gulai Btg Pisang, Acar Timun nns, Aym Msak Merah SPONSOR: 1 ekor lembu, Bubur dll

PERSIAPAN: Banner, Sticker Kereta, Carta Salasilah, Hamper Cbutn brtuah.
Hebahn radio, akhbar, Web/ FB, Cetakan buku Sejarah/ Salasilah, Cenderahati utk penulis buku Sejarah, En. Zakaria Ahmad.

MESYUARAT AKAN DATANG:Hari ke 7 bln puasa: 4.00 PM

TEMPAT: Pej. Ir. Rani Ghazali (Cucu Pak Tam Mansor) di belakang pejabat Polis IPK Jalan Stadium... Perunding Aras Sdn Bhd, Lot 2173-A, Jalan Mahkota (Off Jalan Stadium), 05100, Alor Setar
AGENDA: Ketetapan bil. kehadziran ahli keluarga, mklum balas dll.
Sebarang prtnyaan/ komen/ tmphn pnginapn di Pndng Lake Resort
Sila hbngi mohamad.azoddin@gmail.com tel/fax:047714011, 0134922538/ 0134611598/ 0194772388 (Pak Long Mat) Sila sebarkn msj ini. Tq

(Sesiapa yang mahukan ALLAH melanjutkan usianya, meluaskan rezekinya dan elakkan dia dari kematian yang buruk, maka bertaqwalah kepada ALLAH dan sambungkan tali persaudaraan (silaturahim). Keelokan luaran (fizikal), kesihatan tubuh badan, pangkat dan kelulusan belum bermakna, mencukupi dan sempurna jika tanpa agama iaitu Iman dan Taqwa serta jalinan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga)