KOPERASI

Pada 4 September 2012 pihak AJK telah hadir ke Pejaat Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Limbung Kapal, Alor Setar untuk mendaftar koperasi keluarga. AJK yang terlibat adalah Mohamad b. Azoddin, Hj Hadi hj Zainul, Abdul Rani Ghazali, Mohd Afif, Muhamad Arif Abdullah dan Yussof Abdullah.
Pihak AJK telah membuat pendaftaran Koperasi Keluarga Tuan Guru Haji Mohamad Ariff (Kedah) Berhad dan telah mendapat kelulusan daripada pihak SKM. Berikut adalah butirannya:-
2.1 Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Keluarga Tuan Guru Haji Mohamad Ariff
Kedah Berhad.
2.2 Kelulusan ini hanya sah dalam tempoh tiga bulan berkuatkuasa dari tarikh surat ini.
2.3 Bilangan anggota Koperasi hendaklah sekurang-kurangnya 50 orang.
2.4 Sasaran bakal anggota ialah individu yang mempunyai hubungan perkahwinan atau
pertalian darah dengan Tuan Guru Haji Mohamad Ariff bin Haji Ishak.
2.5 Fungsi utama koperasi ialah pengguna.
2.6 Aktiviti di bawah hendaklah dimasukkan dalam Undang-undang Kecil Koperasi sebagai
aktiviti yang akan dilaksanakan sebaik didaftarkan:-
2.6.1 menjalankan aktiviti pasar mini dan kedai runcit;
2.6.2 menjalankan perniagaan restoran; dan
2.6.3 menjalankan aktiviti pembekalan input pertanian.
2.7 Kawasan operasi koperasi ialah Negeri Kedah kecuali Mukim Bakai, Baling.
2.8 Tahun kewangan koperasi bermula pada satu haribulan Februari dan berakhir pada tiga
puluh satu haribulan Januari setiap tahun.
2.9 Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) hendaklah diadakan dalam tempoh tiga bulan
dari tarikh surat ini dan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 50 orang bakal anggota.

Segala urusan akan dijalankan di N0 45, TINGKAT 2, KOMPLEKS PERNIAGAAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050, JALAN PEGAWAI, ALOR SETAR, KEDAH.

No comments:

Post a Comment